Thursday, 11 February 2010
PERBICARAAN KES SMS UGUT BUNUH ADUN - AHMAD RAMZI
Beliau merupakan saksi kedua kes perbicaraan Ahli Politik, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang menghadapi empat tuduhan berhubung ugutan jenayah melalui SMS kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu tahun lalu.Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz, Adun Paka itu memberitahu mahkamah beliau berada di Hotel Felda Ressidence, Kuala Terengganu semasa menerima SMS tersebut yang dihantar melalui telefon menggunakan nombor 019-9158369.
“Pada peringkat awal saya hubungi kawan-kawan saya bagi memaklumkan perkara itu dan menghantar salinan SMS tersebut kepada YB Datuk Seri Idris Jusoh (bekas Menteri Besar). Saya juga memaklumkan kepada YB Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) dan Datuk Dr Ramzi untuk memaklumkan mengenai SMS ugutan tersebut. Selepas menyemak dengan Dr Ramzi bagi mendapat maklumat mengenai siapa penghantar SMS itu, Dr Ramzi memberitahu saya nombor itu milik Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar (Haji Wan Ahamad Wan Muda) .“Untuk mendapat kepastian, saya turun dari bilik untuk mengambil diari dari kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan hotel dan saya mendapat pengesahan nombor itu milik SUSK,” katanya.YB Mohd Ariffin memberitahu mahkamah pada peringkat awal beliau berasa biasa saja apabila menerima SMS tersebut sebab beliau tidak tahu siapa penghantarnya.Bagaimanapun, katanya, selepas itu timbul perasaan takut apabila beliau mengetahui identiti pengirim SMS berkenaan berdasarkan kedudukan penghantarnya dan scenario politik negeri Terengganu pada masa tersebut.
“Selepas itu saya telefon Dr Ramzi dan beliau datang ke bilik saya dan kemudian saya telefon YB Halim Jusoh (Adun Permaisuri),” katanya.
YB Mohd Ariffin berkata, selepas itu beliau mendapat pengesahan daripada YB Alias Abdullah (Adun Alor Limbat) bahawa terdapat unsur ugutan dalam SMS tersebut.Katanya, YB Alias kemudiannya menasihatkan beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung kejadian tersebut (SMS ugutan).Menurutnya, dari hotel Felda beliau terus ke IPD Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis berhubung SMS itu, bersama-sama dengan YB Halim dan Dr Ramzi.Beliau membuat laporan polis pada jam 12.55 pagi pada 14 April 2009 dan didapati ramai wartawan berada di IPD Kuala Terengganu pada waktu itu.“Saya tidak tahu siapa yang panggil wartawan datang ke balai polis,” katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya siapa yang panggil wartawan datang ke situ.
YB Mohd Ariffin bagaimanapun mengakui beliau dan YB Halim membuat sidang akhbar di IPD Kuala Terengganu bagi memaklumkan kepada wartawan berhubung kejadian tersebut.“Selepas membuat laporan polis saya terus balik ke bilik hotel,’ katanya sambil memberitahu bahawa selepas itu pihak polis merampas telefon bimbitnya pada 4 Mei 2009.
Telefon bimbit tersebut yang menggunakan nombor 019-9186181 dan dikemukakan sebagai barang bukti ditunjukkan dalam mahkamah dan disahkan oleh saksi kedua itu.Timbalan Pendakwa Raya kemudiannya memberitahu Hakim M Bakri Abdul Majid bahawa Haji Wan Ahamad Wan Muda akan dipanggil sebagai saksi pada prosiding akan datang.Menjawab soalan peguambela selepas itu, YB Mohd Ariffin berkata, beliau membalas balik SMS yang dihantar kepadanya dengan bertanya “Siapa Ni?”, tetapi pemilik telefon bimbit berkenaan membalas balik “Sorry, wrong number”.Katanya, beliau ada membuat panggilan kepada nombor telefon berkenaan menggunakan telefon isterinya, tetapi tidak dijawab walaupun ada nada panggilan.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin SMS itu dihantar dari nombor 019-9158369 dan perasaan takut timbul memikirkan sebelum ini macam-macam berlaku dalam politik, termasuk kes pembunuhan yang melibatkan Datuk Dr Mokhtar Hashim.Tambahan pula, katanya, sebelum itu Harakah melaporkan bahawa Adun akan membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.“Saya juga terpandang berita kaki dalam TV3 atau TV1 mengenai amaran Menteri Besar kepada ADUN yang akan mengemukakan usul undi tidak percaya,” tambahnya.Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, YB Ariffin berkata, beliau tidak dapat menerima jika dikatakan SMS berbau ugutan itu datang dari Dr Ramzi.“Jika ia datang dari Dr Ramzi saya anggap ia satu gurauan sahaja,” katanya yang membuat laporan polis berhubung SMS itu kira-kira 15 minit selepas bertemu Dr Ramzi.
Sementara itu, saksi ketiga, YB Abdul Halim Jusoh (Adun Permaisuri), memberitahu mahkmah beliau berada di Gong Badak semasa menerima SMS berbunyi “Baik jangan teruskan niat YB jika YB sayangkan nyawa,”.Beliau yang menggunakan telefon bimbit nombor 019-9859088 berkata, SMS tersebut diterima jam 11.30 pada 13 April 2009.Katanya, beliau memberitahu Dr Ramzi mengenai SMS tersebut kerana tertuduh adalah rakan baiknya.“Dr Ramzi beritahu YB Ariffin juga ada terima SMS yang sama seperti yang saya terima,” katanya yang membuat pengesahan SMS dihantar melalui telefon bimbit nombor +6019-9158369.Selepas diberi peluang membaca semula SMS melalui telefon miliknya di mahkamah, YB Abdul Halim kemudiannya membacakan semula SMS berbunyi “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”.YB Abdul Halim berkata, setelah berbincang dengan Dr Ramzi dan YB Alias, mereka membuat keputusan untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu di IPD Kuala Terengganu.Katanya, mereka tiba di IPD Kuala Terengganu lebih kurang jam 12 tengah malam untuk membuat laporan polis.YB Abdul Halim kemudiannya memberitahu mahkamah telefon bimbitnya diserah kepada polis jam 7.10 malam pada 26 April 2009. Pada sesi petang, saksi keempat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, YB Dato’ Rosol Wahid, hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, bahawa beliau menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada nombor tidak dikenali berbunyi “Baik YB jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”, lebih kurang jam 11.25 malam pada 13 April, tahun lalu.
Dato’ Rosol ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz, beliau menjelaskan ketika SMS itu diterima, beliau sedang minum di sebuah kedai makan di Jalan 23 Kuala Berang-Kuala Terengganu.Menurut beliau, SMS itu diterima dari penghantar yang tidak dikenali menggunakan nombor + 31234567890.Ketika ditanya mengenai perasaan beliau sejurus mendapat SMS itu, beliau menjelaskan pada mulanya tidak merasa apa-apa kerana nombor itu tidak diwakili oleh sesiapa.Bagaimanapun, sejurus kemudian beliau menerima panggilan daripada YB Zakaria (Mohd Arifin Abdullah yang juga saksi kedua) yang menanyakan beliau sama ada menerima atau tidak SMS yang sama.“Selepas diceritakan kepada saya yang dia menerima SMS ugutan dan saya maklumkan kepada beliau saya juga terima SMS yang sama. Bagaimanapun, saya menjelaskan SMS berkenaan saya terima dari nombor +31234567890, manakala dia terima SMS dari nombor berlainan daripada apa yang saya terima.“Dia ada bagitau nombor tapi saya tak ingat nombor itu, cuma yang saya ingat nombor itu dimaklumkan kepada saya milik Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Menteri Besar (Haji Wan Ahamad Wan Muda),” katanya .Selepas mendapat maklumat daripada YB Zakaria, beliau kemudiannya berpakat untuk membuat laporan polis berhubung SMS ugutan itu dan diminta oleh YB Zakaria supaya kes itu sama-sama dilaporkan di Kuala Terengganu.Beliau bagaimanapun membuat laporan di Kuala Berang memandangkan jarak yang jauh untuk ke Kuala Terengganu serta waktu yang sudah lewat malam ketika itu.
Dato’ Rosol yang merasakan SMS itu suatu ugutan dan boleh menyebabkan nyawa terancam selepas diberitahu identiti pengirim SMS berkenaan dan suasana politik negeri Terengganu ketika itu, membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 12.45 pagi di Balai Polis Kuala Berang..Ketika diminta penjelasan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengenai senario politik ketika itu, beliau menjelaskan ketika itu Persidangan Dewan Undangan Negeri sedang berjalan dan ura-ura atau cakap-cakap yang mengatakan YAB Menteri Besar akan digulingkan melalui usul undi tidak percaya. Oleh kerana itu, mungkin ada kebimbangan SUSK mengenai perkara itu berlaku menyebabkan SMS itu dihantar.Beliau kemudiannya tidak membuat apa-apa tindakan susulan selepas laporan polis dibuat pada malam kejadian (13 April) itu.Telefon bimbit tersebut yang menggunakan nombor 012-9838307 dan dikemukakan sebagai barang bukti ditunjukkan dalam mahkamah sebelum disahkan oleh saksi keempat itu.Dato’ Rosol memberitahu mahkamah, jika SMS itu dihantar oleh Datuk Dr Ramzi, beliau tidak berasa apa-apa dan tidak menganggap itu sebagai ugutan.Beliau juga bersetuju bahawa SUSK merupakan orang yang rapat dengan YAB Menteri Besar dan disebabkan SMS itu ada kaitan dengan SUSK, jika undi tidak percaya itu benar-benar berlaku dan berjaya, maka kesan negatif kepada SUSK dan jika tidak berjaya, SUSK tidak akan mendapat apa-apa faedah.Ketika menjawab soalan terakhir Timbalan Pendakwa Raya, Dato’ Rosol juga bersetuju bahawa SUSK tidak akan menjatuhkan Menteri Besar kerana beliau mencari makan dengan Menteri Besar.
Ahmad Ramzi sebelum itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan terhadap beliau.Beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 dan diarah menyerahkan passport kepada mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, Adun Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, Adun Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pihak pendakwa dibantu oleh Norazimon Azmi dan Ooi Choo Geek manakala Ahmad Ramzi diwakili peguam, Rosli Abdul Rahman.Dalam prosiding sebelah pagi semalam (Selasa), Hakim M.Bakri Abd Majid memerintahkan supaya Ahmad Ramzi dibebaskan dan dilepaskan kerana pihak pendakwa mendaftarkan kes tersebut sebagai kes saman, sedangkan ia melibatkan kes jenayah.Dr Ahmad Rmzi bagaimanapun didakwa semula atas tuduhan yang sama dan kes tersebut kini didaftarkan dibawah kes jenayah dan tertuduh kini perlu berada di dalam kandang mahkamah sepanjang perbicaraan kes tersebut.Perbicaraan akan disambung pada 31 Mei, 2010- TEGANU KINI
PERBICARAAN KES SMS UGUTAN BUNUH ADUN - AHMAD RAMZI
Saksi tersebut, Koperal Zolbahari Abd Manan yang tampil pada hari pertama perbicaraan kes berkenaan bermula hari ini mengenal pasti 37 senarai barang barang kes yang dirampas berhubung kes dan diserahkan kepada beliau oleh ASP Mohd Hadzwan Zulkefle.Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz, Koperal Zolbahari memberitahu mahkamah barang-barang yang diterimanya pada 30 April 2009 termasukSeunit telefon tangan (HP) Nokia 9300, seunit HP Nokia 1208, seunit HP Nokia 3200, seunit Mac Pro Xeen 64-A1, seunit Monitor Samsung Syncmaster 226 BW-A2, seunit WD external hard drive, sepasang speaker Sonicgear, seunit keyboard Apple Macro, seunit beg galas, seunit laptop Acer aspire, seunit HSDPA USB Modem, seunit Buffalo External Hard drive, seunit Kingston data traveler (2GB), seunit CPU, seunit wide screen LCD, seunit keyboard Samsung, satu set momo racing force feedback whell, satu set speaker Creative, seunit tetikus Qseen, satu unit Kingston data treveler (4GB), seunit monitor LCD Acer, satu set tetikus dan papan kekunci wireless Acer, satu set speaker sonicgear dan seunit tetikus Qsenn.Manakala barang yang diterima pada 1 Julai 2009 pula berupa HP Nokia E90, HP Nokia 9300, HP E 71, HP Nokia E71, HP Apple IPhone, laptop Compact, seunit laptop Dell, seunit laptop ECER, seunit laptop Dell, seunit modem, seunit CPU Acer E1, satu USB modem dan seunit HP Nokia E90.
Semua barang kes berkenaan ditanda sebagai bahan bukti dengan ditanda satu persatu bermula dari nombor 1 hingga 37.Shahidani kemudiannya meminta Zolbahari mengecam dan mengenalpasti barang kes satu persatu sambil pihak pendakwa menyemak barang kes yang disenaraikan bagi perbicaran kes itu.
Ahmad Ramzi sebelum itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan terhadap beliau.Beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 dan diarah menyerahkan passport kepada mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, Adun Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, Adun Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwa dibantu oleh Norazimon Azmi dan Ooi Choo Geek manakala Ahmad Ramzi diwakili peguam, Rosli Abdul Rahman.Dalam prosiding sebelah pagi, Hakim M.Bakri Abd Majid memerintahkan supaya Ahmad Ramzi dibebaskan dan dilepaskan kerana pihak pendakwa mendaftarkan kes tersebut sebagai kes saman, sedangkan ia melibatkan kes jenayah.Dr Ahmad Ramzi bagaimanapun didakwa semula atas tuduhan yang sama dan kes tersebut kini didaftarkan di bawah kes jenayah dan tertuduh kini perlu berada di dalam kandang mahkamah sepanjang perbicaraan kes tersebut.Perbicaraan bersambung esok.-TEGANU KINI
Wednesday, 20 January 2010
Kes SMS ugut tiga Adun 9 Februari
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menetapkan 9 hingga 11 Februari depan perbicaraan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, yang berdepan empat pertuduhan melakukan ugutan jenayah menerusi SMS tahun lalu.
Hakim, Mohd Khalid Ab Karim menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung semalam berikutan tertuduh tidak dapat hadir kerana dirawat di
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) akibat menghidap tonsil dan demam panas sejak Jumaat lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ramzi dituduh melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kematian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah dengan niat menyebabkan kegentaran kepadanya di Kampung Kubang Parit, di sini, jam 11.20 malam, pada 13 April lalu.
Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh di tempat dan tarikh sama.
Dia juga dituduh memfitnah Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda.- http://www.bharian.com.my
----------------------------------------------------------------------------
http://teganukini.blogspot.com
TUESDAY, 19 JANUARY 2010
PERBICARAAN AHMAD RAMZI ZUBIR

Mahkamah telah diberitahu tentang keadaan Ahmad Ramzi oleh peguambelanya Datuk Hazman Ahmad yang menyerahkan surat pengesahan sakit tersebut kepada hakim Mohamad Khalid Ab Karim.
Selain Hazman, tertuduh juga diwakili oleh peguam Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud, sementara peguam Alias Abdullah sebagai peguam pemerhati kepada Ahmad Ramzi. Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya Shahidani Abd Aziz @ Juned dibantu Nor Azimol Azmi Mohd serta Ooi Choi Goek.
Berikutan perkembangan terbaru itu, hakim Mohamad Khalid menetapkan Feb 9 dan 11, dan Mei 18 hingga 21 untuk kes itu dibicarakan.
Pada Jun 4, 2009, Ahmad Ramzi, 38, telah dituduh dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dalam Mahkamah Session Kuala Terenggan dengan tiga pertuduhanan melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kematian kepada ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid dan satu pertuduhan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah Wan Ahamad Wan Muda melalui laman web http://ownsn-sbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor talipon bimbit Wan Ahamad Wan Muda pada 13 April 2009.
Jika didapati bersalah, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara maksima dua tahun kerana ugutan SMS dan penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kedua.
KES SMS UGUT BUNUH DI MAHKAMAH HARI INI?
Masih ingatkah anda semua kepada kes sms ugut bunuh -membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir?
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil sebelum
ini berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".
SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.

Sms itu yang menggugat ‘ketenangan politik Terengganu’ dan menyebabkan ada yang tertuduh sebagai pengirimnya, meninggalkan kesan pahit kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Malah kes itu yang meninggalkan kesan mendalam kepada individu tertentu, pastinya tidak akan berakhir dengan keputusan mahkamah semata-mata.
Akibat sms berkenaan, ADUN UMNO bercakaran sesama sendiri, pemboikotan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyebabkn campurtangan pentadbiran di Putrajaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjadi pemimpin pertama yang ‘tidak percaya’dan menafikan ia disebarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu.
Kesan besar kes ini terbukti apabila Khutbah Jumaat 8 Mei 2009 di masjid fi Terengganu membawa tajuk ‘Bahaya Fitnah’ mengingatkan kaum Muslimin dan rakyat Terengganu supaya:
“Marilah kita sama-sama beriman dan berusaha dari masa kesemasa mempertingkatkan keimanan ke hadrat Allah s.w.t. dengan menjunjung tinggi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangan. Maka muga dengan keimanan, ketaatan dan ketakwaan itu akan
membahagiakan kehidupan kita di duniadan memberi keselamatan di akhirat kelak.Kita mengakui bahawa kita sekarang berada dizaman serba moden, dan tidak mustahil akan datang, kita temui zaman yang lebih canggih lagi. Banyak peralatan baru yang talah diciptakan seperti kemajuan ICT dan komunikasi, akibat dari perkembangan minda manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun disebalik kemunculan alat-alat canggih , timbul pula perkara-perkara negative yang betentangan dengan jaran islam sekiranya tidak digunakannya secara betul seperti budaya fitnah dan penyebaran khabar angin melalui kemudahan peralatan tersebut.”
Malah rakyat diingatkan bahawa “Islam mengigatkan kita agar berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu berita atau perkhabaran yang diterima, sama ada melalui seseorang, media cetak, media elektronik seperti televisyen, internet dan sebagainya, supaya tidak mudah dipercayai sebelum diperiksa terlebih dahulu kebenarannya, lebih-lebih lagi orang yang membawa berita itu orang fasik.”
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-hujrat ayat 6:
Maksudnya: “wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menetukan) kebenaran, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
Anehnya, pihak-pihak yang terbabit dalam penyebaran sms berkenaan bagaikan ‘tidak berdosa’dan sehingga kini lepas bebas daripada sebarang tindak-tanduk mereka!
Hari ini kes berprofil tinggi itu disebut semula di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu.
Tidaklah diketahui apakah – kes sms ugut bunuh – ini akan terlepas daripada liputan media sekali lagi.
Perbicaraan selama tiga hari bermula hari ini seharusnya mendapat liputan meluas kerana ia membabitkan teknologi terkini, selain smsnya ‘berbau fitnah’.
Sebelum ini Ketua Biro dan wartawan akhbar dan media elektronik bagaikan ‘terlepas pandang’ apabila kes ini disebut di Mahkamah Sesyen Ahad 27 September .
Perbicaraan yang ditetapkan bermula hari ini, esok dan lusa (19,20 dan 21 Januari 2010) akan disambung pada 9,10,11 Februari 2010.
Menjadi pertanyaan ialah bagaimana Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu untuk kali pertamanya gagal menghubungi akhbar dan media elektronik untuk membuat liputan.
Malah, mengejutkan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu yang selalunya ‘begitu intim’ dengan wartawan seolah-olah ‘menutup mulut’ pada kes ini.
Rakyat Terengganu sebenarnya ‘rindu’ dengan kes ini. Malah, kes ‘sms ugut bunuh’ ini dikatakan menjadi ‘pemanas’ kepada kemelut UMNO Terengganu yang kemudian menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.
Ia kini diperkatakan bagaimana semua wartawan di Terengganu tidak tahu kes itu disebut pada hari berkenaan.
Pada Jun pula Dr Ramzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.
Beliau menghadapi empat pertuduhan bagi kes itu.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di Kuala Terengganu kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.
Dua tuduhan ialah menakutkan ADUN Permaisuri dan ADUN Ajil sementara tuduhan keempat ialah memfitnah Wan Ahamad Wan Muda menggunakan telefon bimbit untuk mengugut ketiga-tiga ADUN berkenaan.
Kita mengharapkan mahkamah akan membawa keadilan kepada yang dituduh dan yang kena tuduh dalam kes ini kerana ‘sms’ini berniat jahat dan memang sengaja direka.
Juga, jika ada ‘kepala’atau yang merancang perbuatan terkutuk ini, ia hendaklah diseret sama ke mahkamah kerana perancang ini lebih bahaya daripada sesiapa juga yang melakukan penghantaran atau penyebaran sms ugutan bunuh ini.
Thursday, 14 January 2010
SMS UGUTAN BOLEH PENJARA 7 TAHUN
Pihak Hantar SMS Ugutan Boleh Dipenjara, Kata Rais
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan atau perkauman boleh dipenjara antara tiga hingga tujuh tahun di bawah Seksyen 232 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan demi keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
"Jangan ambil peluang untuk mengeruhkan keadaan. Sekiranya sebelum ini ada pihak yang mengatakan jangan gunakan undang-undang komunikasi untuk menyekat kebebasan, dalam situasi ini pandangan itu tidak relevan lagi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Permata Seni Koir dan Permata Seni Muzik di sini pada hari Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan insiden membaling bom petrol di tiga buah gereja dengan menyebarkan SMS palsu bagi menakut-nakutkan orang ramai.
Rais berkata beliau juga tidak mahu negara luar melihat Malaysia seolah-olah sebagai negara yang dilihat boleh bertolak ansur dalam hal-hal sedemikian.
"Sebelum berkembang menjadi bahaya, daripada sudut komunikasi, harus ada tindakan pencegahan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan alat-alat komunikasi untuk tujuan jahat," katanya.
Rais berkata pihak kementerian akan membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memantau mesej-mesej yang berunsur hasutan itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Khabar Angin SMS, Jangan Percaya - Polis
PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyeru orang ramai supaya mengesahkan terlebih dahulu berita yang mereka terima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mengelak penyebaran khabar angin.
"Ini menjadi satu trend, percaya kepada SMS yang dihantar. Berita-berita ini bukannya fakta, yang sepatutnya dikeluarkan oleh pihak polis.
"Tolong gunakan pusat kawalan negara, pusat kawalan negeri dan pusat kawalan daerah untuk mengesah dan mendapat maklumat.
"Saya ingin ingatkan semua pihak agar jangan dengar berita-berita yang tidak sah, cakap mulut, cakap-cakap melalui telefon.
Kita perlu lebih matang dalam menangani keadaan di dalam negara," katanya kepada pemberita Isnin.
Ismail memberi penerangan kepada wakil kedutaan asing mengenai kejadian pembakaran gereja di negara ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam tempoh beberapa hari ini.
Ditanya sama ada tangkapan sudah dibuat terhadap pihak yang terbabit, beliau berkata tangkapan belum dibuat dan polis sedang menyiasat dengan teliti kes berkenaan.
"Kami terima banyak maklumat. Semua maklumat perlu diikuti dengan proses siasatan, pengesahaan dan sebagainya," katanya.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata beliau telah memaklumkan kepada 96 kedutaan asing di negara ini bahawa keadaan berikutan kes pembakaran gereja adalah terkawal.
"Mereka (perwakilan asing) ingin tahu tentang tindakan dan jaminan keselamatan yang telah diambil.
"Mereka juga mahukan gambaran yang jelas tentang keadaan yang berlaku supaya mereka boleh membuat laporan yang jelas kepada negara masing-masing," kata Mahmood.
-- BERNAMA
Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan demi keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
"Jangan ambil peluang untuk mengeruhkan keadaan. Sekiranya sebelum ini ada pihak yang mengatakan jangan gunakan undang-undang komunikasi untuk menyekat kebebasan, dalam situasi ini pandangan itu tidak relevan lagi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Permata Seni Koir dan Permata Seni Muzik di sini pada hari Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan insiden membaling bom petrol di tiga buah gereja dengan menyebarkan SMS palsu bagi menakut-nakutkan orang ramai.
Rais berkata beliau juga tidak mahu negara luar melihat Malaysia seolah-olah sebagai negara yang dilihat boleh bertolak ansur dalam hal-hal sedemikian.
"Sebelum berkembang menjadi bahaya, daripada sudut komunikasi, harus ada tindakan pencegahan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan alat-alat komunikasi untuk tujuan jahat," katanya.
Rais berkata pihak kementerian akan membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memantau mesej-mesej yang berunsur hasutan itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Khabar Angin SMS, Jangan Percaya - Polis
"Ini menjadi satu trend, percaya kepada SMS yang dihantar. Berita-berita ini bukannya fakta, yang sepatutnya dikeluarkan oleh pihak polis.
"Tolong gunakan pusat kawalan negara, pusat kawalan negeri dan pusat kawalan daerah untuk mengesah dan mendapat maklumat.
"Saya ingin ingatkan semua pihak agar jangan dengar berita-berita yang tidak sah, cakap mulut, cakap-cakap melalui telefon.
Kita perlu lebih matang dalam menangani keadaan di dalam negara," katanya kepada pemberita Isnin.
Ismail memberi penerangan kepada wakil kedutaan asing mengenai kejadian pembakaran gereja di negara ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam tempoh beberapa hari ini.
Ditanya sama ada tangkapan sudah dibuat terhadap pihak yang terbabit, beliau berkata tangkapan belum dibuat dan polis sedang menyiasat dengan teliti kes berkenaan.
"Kami terima banyak maklumat. Semua maklumat perlu diikuti dengan proses siasatan, pengesahaan dan sebagainya," katanya.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata beliau telah memaklumkan kepada 96 kedutaan asing di negara ini bahawa keadaan berikutan kes pembakaran gereja adalah terkawal.
"Mereka (perwakilan asing) ingin tahu tentang tindakan dan jaminan keselamatan yang telah diambil.
"Mereka juga mahukan gambaran yang jelas tentang keadaan yang berlaku supaya mereka boleh membuat laporan yang jelas kepada negara masing-masing," kata Mahmood.
-- BERNAMA
Sunday, 10 January 2010
PERBICARAAN JAN & FEB 2010
KENAPA SEBUTAN KES DR RAMZI ‘TERLEPAS PANDANG’?
Isunya ialah apakah sebutan kes beliau di mahkamah di Terengganu cuba diselindungkan atau ‘digelapkan’ dariapada liputan media?
Berkaitan itu www.kijang-jantan.blogspot.com pula memgemukakan pertanyaan apakah ‘DR RAMZI DAPAT KEISTIMEWAAN?’.
kijang-jantan mengemukakan pertanyaan: “Betulkah apa yang dikatakan oleh teganuku ini? Apakah seseorang boleh mendapat perlindungan istimewa seperti ini? Bagaimana boleh ia berlaku di negeri jiranku- Terengganu?
Siapa boleh bagi keistimewaan seperti ini? Apakah ia terpilih? kijang-jantan sendiri tidak berani menulas sebaliknya mahu pelayar dan penjenguk membaca apa yang diperkatakan oleh teganuku.
Apapun, cakap-cakap di Marang dan Kuala Terengganu kini mula menular dan pertanyaan mula kedengaran, “benarkah Dr Ramzi mendapat keistimewaan daripada polis dan Kementerian Dalam Negeri agar kesnya dielakkan daripada pengetahuan media?”
Saya berusaha mendapatkan kebenaran cakap-cakap itu. Apapun, sebelum mendapat kepastian, ikuti dulu apa yang dilaporkan oleh teganuku:
Kes ‘sms ugut bunuh’ cuba digelapkan?
Oleh Pok Teh Bakap
Hairan bagaimana kes berprofil tinggi di Terengganu – kes sms ugut bunuh -membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, yang disebutkan di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu boleh terlepas daripada liputan media.
Ia kini diperkatakan bagaimana semua wartawan di Terengganu tidak tahu kes itu disebut pada hari berkenaan.
Dr Ramzi bermesra dengan Hishamuddin pada majlis sambutan hari raya di Marang dan majlis pertemuan ADUN serta Ahli Parlimen UMNO dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Hishamuddin Hussein sehari selepas kesnya disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.Ketua Biro dan wartawan akhbar dan media elektronik bagaikan ‘terlepas pandang’ apabila kes ini disebut di Mahkamah Sesyen Ahad lalu.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan pada Ahad lalu (27 September) perbicaraan kes ‘sms ugut bunuh’ ini pada akhir bulan Oktober dan awal November 2009 depan selama enam hari.
Mengikut satu sms yang diterima – perbicaraan ditetapkan pada 19,20 dan 21 Januari 2010 dan 9,10,11 Februari 2010.
Juga menjadi pertanyaan ialah bagaimana Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu untuk kali pertamanya gagal menghubungi akhbar dan media elektronik untuk membuat liputan.
Malah, mengejutkan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu yang selalunya ‘begitu intim’ dengan wartawan seolah-olah ‘menutup mulut’ pada kes ini.
Rakyat Terengganu sebenarnya ‘rindu’ dengan kes ini. Malah, kes ‘sms ugut bunuh’ ini dikatakan menjadi ‘pemanas’ kepada kemelut UMNO Terengganu yang kemudian menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan masalah yang melanda UMNO Terengganu sudah selesai.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil sebelum ini berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.
Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".
SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.
Pada Jun pula Dr Ramzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.
Beliau menghadapi empat pertuduhan bagi kes itu.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di Kuala Terengganu kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.
Saya pun hairan bagaimana kes yang dianggap menarik dan berprofil tinggi boleh terlepas dengar dan pandangan. Ini kerana Dr Ramzi sebelum itu enggan menyerah diri kepada polis tetapi akhirnya muncul di IPK Kuala Terengganu. Ada pendapat mengatakan beliau ditahan di salah sebuah hotel apartmen berhampiran Hotel Primula dan ada yang kata beliau sukarela datang ke balai polis.
Apapun, apakah pada Januari dan Februari nanti, perbicaraannya juga dianggap tidak penting dan kalaupun akhbar dan media elektronik membuat liputan, ia akan dianggap sebagai kes kecil atau terpencil sahaja?
SEBUTAN SEMULA KES
Ahad Julai 19, 2009 Sebutan semula kes Dr Ahmad Ramzi 27 September KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 27 September Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim menetapkan tarikh itu selepas kes Sebelum itu, prosiding hari ini dimulakan dengan peguam Wan Zainudin Datuk Hazman Ahmad, seorang daripada tiga peguam yang mewakili Selain Hazman, Ahmad Ramzi turut diwakili oleh Rosli Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz @ Juned berkata dokumen Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Adun Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh sumber : http://mstar.com.my |
AHMAD RAMZI DIDAKWA
Ahmad Ramzi dituduh hantar SMS ugutan
Ahmad Ramzi |
KUALA TERENGGANU - Ahli politik, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohd. Zubir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat tuduhan berhubung ugutan jenayah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) dua bulan lepas.
Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh itu kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi dituduh melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah kira-kira pukul 11.21 malam di E726 Kampung Kubang Parit pada 13 April lalu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh melakukan perkara yang sama kepada dua lagi ADUN, Abd. Halim Jusoh (Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil) pada pukul 11.21 malam dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.
Beliau turut berdepan tuduhan pilihan iaitu menggunakan perkhidmatan internet bagi menghantar SMS, 'Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?' kepada tiga ADUN tersebut.
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.
(Sumber : Kosmo )